BESUT: Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas pertuduhan mencederakan anggota polis .
Osman Mamat, 65, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Lans Koperal Mohammad Islahuddin Mohd Ali, 29.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah rumah di Kampung Rahmat, Setiu, jam 12.15 tengah hari pada 14 Mac lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan 11 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk fakta dan hukuman.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Nur Fazlizai Ali
Thu Mar 17 2022
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah rumah di Kampung Rahmat, Setiu, jam 12.15 tengah hari pada 14 Mac lalu. - Gambar/ Astro AWANI
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Polis berkas lelaki dipercayai tokan dadah selepas pergelutan
Polis turut menjumpai tujuh paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine bernilai kira-kira RM10,000.
Polis buka kertas siasatan kes video tular layanan pemilik penginapan di Taiping
Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
Warga emas didakwa cederakan anggota polis
Osman Mamat, 65, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.
Peniaga warga Myanmar dicekup jual rokok seludup
Serbuan kira-kira jam 8 malam itu dijalankan hasil maklumat Pasukan Polis Marin Kampung Acheh, Sitiawan dan dibantu anggota Balai Polis Kamunting.
Lelaki maut nahas lapan kenderaan termasuk ambulans
Dalam kejadian sekitar jam 12 tengah malam itu, mangsa, Muhammad Syahmi Ishak, 21, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Langgar SOP: Kilang proses sarung tangan dikompaun, diarah tutup
Operasi dijalankan pegawai dan anggota Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping, dibantu Unit Penguatkuasa Pejabat Kesihatan Daerah Taiping pada pukul 10 pagi semalam.
Suspek conteng dinding bangunan awam direman tiga hari
Hasil maklumat awam, suspek ditahan sepasukan anggota polis yang membuat serbuan pada 3.45 petang semalam di rumahnya di Taman Sungai Mas.
Polis kenal pasti individu pecahkan kon penghadang jalan di Taiping
Siasatan awal mendapati kejadian memecahkan sebanyak lima kon yang berisi air itu, dipercayai dilakukan pada waktu malam di kawasan sempadan Mukim Taiping dengan Mukim Matang.
Tular lelaki pakai gelang KKM berkeliaran di RnR Bukit Gantang tidak benar
Lelaki yang diperiksa polis pada kira-kira 11.05 pagi semalam bukan warga asing malah tidak mengenakan gelang tangan KKM seperti didakwa.
Pesara dakwa ditipu pelaburan emas tidak wujud lebih RM1.1 juta
Mangsa lelaki berumur 60 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang wanita dari negara jiran yang dikenali melalui satu aplikasi dating.